background

Nuffnang Ads

Monday, December 24, 2012

RAPUH



 RAPUH BY OPICK



Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan


Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu

Yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu


Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertahta


Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu











oh mimpi!!




Lately aku mimpikan someone. Berulang kot mimpi tu. Apakah tandanya?? Someone tu ajak pergi date.. huhu, but my dad tak bagi. abah siap cakap lagi. "siapa tu yun? dah la muka x elok, belum tentu perangai elok". "Aish,, abah ni tak baik tau cakap orang macam tu.." aku tetap berkeras hati keluar dengan dia. lama kot dia tunggu aku duk bersiap. janji kuar pukul 4. tapi kami keluar pukul 5.30. dalam mimpi pun siap ingat jam.. wahahaa.. kakak aku pun duk bising-bising dekat aku kenapa tak siap2 nak keluar. rasa berat hati sangat-sangat. sanggup dia tunggu kat luar umah. yang abah aku ni tak kasi keluar dengan dia... tapi aku tetap keluar juga..hmm.. tengah syok2 date.. alarm clock pun bunyi.. adoiyai...

The next mimpi pun sama jugak.. scene yang sama, umah aku kat kampung. dialog pun sama.. Dahsyat kan? in reality, aku tak penah kenalkan dia kat abah  pun apetah lagi berjumpa.. but dalam mimpi tu abah macam dah kenal dia sangat-sangat.. siap sound lagi.. macam tak nak bagi aku kawan dengan dia apetah lagi keluar dengan dia.. So sad. ;(

i know,, mimpi hanyalah mainan tidur,, kalau berulang-ulang apa itu tandanya?? warghhh.. xtau la,,
yang aku tau aku rindu sangat- sangat kat arwah abah.. dia?? hmm.. tet...

The best solution,, melatih diri untuk perbanyakkan sembahyang hajat dan istikharah, berdoa dengan ALLAH minta petunjuk.





Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Allah yang Maha Pemurah. 
Terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan ku dengannya.
Terima kasih untuk saat - saat yang indah yang boleh kami nikmati bersama,
Terima kasih untuk setiap saat yang berlalu,
Aku datang bersujud di hadapan-Mu,
Maka sucikan hatiku Ya ALLAH, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.

Ya ALLAH, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Jangan biarkan aku merindukan kehadirannya,
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya,
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku dan usirlah dia dari relung hatiku,
Gantikan damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah agar aku dapat mengasihinya sebagai sahabat.


Tetapi jika Kau ciptakan dia untukku, Ya ALLAH...
Tolonglah satukan hati kami,
Bantulah aku mencintai, mengerti dan menerimanya seutuhnya,
Berikanku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerimaku dengan segalanya,
Kelebihan serta kekuranganku sebagaimana aku telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh- sungguh mencintai dan rela membagi suka dan dukaku dengannya.

Ya ALLAH yang Maha Pengasih, dengarlah doaku ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu
ALLAH yang Maha Kekal, aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku.
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya,
Pergumulan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju terang-Mu,
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang jadi dalam setiap bahagian hidupku, Ya ALLAH

AMIN...AMIN YA ROBBAL ALAMIN













about me!! part 3

addicted drama- drama luar

Aku dari kecil lagi sudah dilatih oleh kakak aku menonton cerita luar negara lagi- lagi drama Taiwan atau Hong Kong.. Hahaha.. Boleh pulak. Serius, aku n my sis suka layan drama aksi like kungfu2, dynasty of China, yang ada maharaja, putera not cintan2 ok. Balik sekolah rendah je aku terjah TV3. Layan 1 jam drama Hong Kong baru pi sekolah Agama. Sanggup tak lunch. Petang layan citer Korea. Malam pun aku layan channel Singapore ada siaran khas drama- drama korea. Hari minggu layan drama Jepun. Sanggup tido lewat sampai 1 pagi.. Memang full seminggu aku layan drama- drama luar. Pastu pagi - pagi masa kat perhimpunan mesti share dengan geng-geng. Giler la zaman tu.

Bermusim kot dulu TV3 and TV 2 tayang cerita luar. Yang aku ingat la kan, mula - mula duk tayang cerita adaptasi dynasty China,, means drama Hong Kong or Taiwan- storm rider/warrior.. Thai drama pulak- The Princess,, pastu tukar season cerita korea- winter sonata. Then Mexico drama Rosalinda, next Philippine pangako sayo and sekarang Indonesia bawang merah bawang putih. Hahaha. Lambakan drama - drama luar ini lah yang menyebabkan aku kurang sikit layan drama- drama melayu. Bukan aku boikot ok. Just kurang layan. Drama - drama melayu yang aku layan macam Dunia Baru season 1 &2, sinderella, Waris dll. Tapi kalau korang tanya drama vanila chocolate ke atau drama2 yang keangkatan dengannya memang aku x ambil port.. hewhew

Luckily aku duduk Johor. Dengan senang lenangnya dapat channel Singapore and Indonesia free. Maklumlah masa tu tak wujud lagi Astro bagai. Duk pakai areal yang terpacak atas bumbung nuh. Asal tak clear je kena lari keluar umah duk pusing- pusing sambil "oii..jerit dah ok ke belum??" Wahahaha..

Kalau channel Singapore, aku layan channel i. Memang drama- drama Hong Kong, Korea, Japan dilambakan kat channel ni. Waktu siaran adalah malam. So aku akan tido awal dulu bagi chance kat abah tengok berita and wrestling. Pukul 11 Abah masuk bilik, turn aku  pulak menyelinap tengok tv. Pasang volume serendah yang boleh. Kalau boleh silent terus janji ada subtitle. Wahaha.. Tipulah kalau tak kantoi kan.. Abah bising wo,, tengok anak dara dia duk layan cerita lagu ni. Mula lah aku bagi alasan yang agak suam- suam kuku diterima dek akal- "nak belajar bahasa Inggeris la abah,, kan subtitle in english".. Boleh?? Ah,, yang masuk kepala otak aku just 2% je kot,, memang kelaut niat asal.. Sampai sekarang speaking masih gagap lagi.. heheeh

Kalau bulan puasa,, aku layan drama- drama Indonesia. Cerita dia memang menusuk kalbu dan yang penting berunsurkan Islamic. Start dari 1st puasa sampai malam raya hari2 tayang. Cukup sebulan cerita mesti tamat, tak macam sinetron - sinetron sekarang yang smpai 200++ episode, selagi si jahat tak mati memang tak habis - habis la cerita tu. Hehehe. Antara drama Indonesia yang aku layan Ikhas dan Hikmah. Memang drama Islamic paling best!! Drama - drama omputeh pulak, aku layan, Kyle XY, CSI, Supernatural, The Apprentice & Grey Anatomy.

Drama - drama Korea & Jepun tak terkira dah. Paling aku minat. Tak tahu la kenapa. Sanggup pi kedai DVD beli cerita yang duk tayang kat TV sebab tak sanggup tunggu next episode. Itulah aku. Masa tu aku masih buta IT, tak tau pakai internet apetah lagi Utube bagai. Dah beli DVD kompom layan 1 hari pun sanggup sampai lupa nak buat homework. Sekarang dah maju sikit, just bukak youtube, maadu.com or epdrama dah boleh dwnload tak pun tengok online. Kat Uni lagi lah banyak sponsor- sponsor korean drama,, dah dapat memang layan smpai 4am la,, pastu masuk kelas tido. Kroohh..kroohh..zzzz

Conclusion, aku kalau layan drama or movie lebih ke arah action, horror, investigate, trick and joke. Kalau love story kurang sikit dalam 30% je.. hehe.. Aku bukan fanatic gila dengan actor- actor korean seperti mana gadis - gadis di luar sana. Dimana sanggup mengetahui background actor tu sedetail yang boleh.. Aku tertarik dengan jalan cerita sudah. Kau tanyalah siapa yang berlakon,, memang aku jawab nama watak dari nama sebenar dia. Just tahu muka dari nama.. ehh. hehe.. Takde lah nanti kalau aku fanatic gile dengan Lee Min Ho, gerenti semua drama yang dia berlakon aku mesti follow, macam Boys Over Flowers, City Hunter, Personal Taste,, so drama - drama yang lain aku tak layan sebab dia tak berlakon.. ehh.. tak seronok tau tak.. hehehe.. I know.. I know... Masing - masing ada hak untuk suka apa yang dia suka. Tak macam aku ni ha yang pelik sikit.


Kalau berkesempatan, nak buat entry khas list drama- drama Korea n Japan yang aku layan dari dulu hingga kini.. Tunggu je la ye..




Sekian,

~WASSALAM~










Saturday, December 22, 2012

about me!! part 2


food hunter

Gila. Food hunter. Macam ko sorang ja yang makan dalam dunia ni.. hahaha..Yeah,, aku ni suka mencuba makanan yang baru. Means suka terjah kedai atau restaurant yang orang cakap makanan sedap aku akan pergi. Tidak kira betapa jauh lokasi kedai makan tu. Hehe. Bila wujud je makanan yang rare biasanya aku dengan akak aku n her husband akan searching- searching google- goole tempat tempat yang best dan mencuba. Biasanya kami tejah area JB je la.. Kalau sedap next time pergi lagi,, kalau kurang sedap, jangan harap la nak p lagi.. wahahaha..

Normally kalau yang fastfood biaselah,, aku layan Pizza Hut, McD, KFC, Subway. Menu yang normal aku order dan aku layan rice baked, double mcchicken, BigMac, Twister. Tengok la picture ini.. kalau dah hadap makanan memang tak toleh kiri kanan atas bawah depan belakang dah..  





My favorite choc indulgence n durian cheese!! Opkos Secret Recipe.. ;)


Masa ni bos tempat kerja lama belanja makan. Reward cause naikkan sale kedai.. yuhhuu.. Steamboat. Location Restaurant Steamboat Rawa, Taman Gaya, JB.


Kalau chic chop kami akan terjah Restaurant Hutan Bandar, JB & House Burger, Kempas Utama, JB. Sudah la murah RM5 je ok.. Sedap Giler!!! 



Chicken Rice Black Pepper clay pot + ABC special, food court Jusco Tebrau, JB. Aku tak pernah habis kalau makan. 



Steamboat Dataran Johor Bahru. Kami gelarkan tempat ni makanan celop-celop.. Just pilih nak makan ape then tokey kedai akan steam then baru serve kat kita dengan sambal kacang. Anda boleh pilih kedai mana yang anda suka. Ada lebih kurang 20++ van. Side order mesti tauhu bakar.. Tetiba rindu nak makan versi bakar kat Kuala Perlis.. Arghhh
  


Ini Nasi Goreng USA!! special kan.. memang gaya western ala-ala kat US uolls!! Available in Restaurant Laksamana, Kota Tinggi only!! 


Burger Bakar!! So yummy.. aku dah cuba, area Kampung Melayu, Taman U, Impian Emas and Kulai. Rasa lebih kurang sama ja.. hahaha. Kalau sedap pun depends sos dia la. Aku suka black pepper sos and prefer daging dari ayam. Aku rasa yang ayam tu macam makan sate je. Hehehe. In my taste la.. 


Lastly, my favorite opkoslah masakan kampung. Heaven forever. Tak kira la apa jenis makanan aku suka, dari ulaman smpai lauk pauk dan sambal belacan. Walaupun aku ada allergic  makanan yang berunsur seafood, aku tetap makan jugak.. Kalau tak sampai bila aku nak layan allergic aku tu kan,, so aku paksa imun o antibody aku lawan penyakit tu.  lama-lama badan aku dah boleh terima seafood. Alhamdulillah.. walaupun sometime allergic tu muncul kembali.. Boleh pulak macam tu ye.. haha.