Alhamdulillah. Finally, i got this letter after 3 months probation period ended today. Dibagi kepercayaan bos besau untuk pegang title Coordinator Hostel Management. Tanggungjawab yang berat harus dilaksanakan. Now, new life and career begin. oucchh.. Thanks God, dikurniakan rezeki disini. Titik permulaan mengenal erti keupayaan, kesungguhan, kepercayaan, disiplin dan matlamat hidup. Heee
Tadi bos siap remind yang dia kurang yakin dengan performance aku, means still lagi was-was tengok aku buat kerja. Hehehe. Dia nak tengok lagi dalam 3 bulan akan datang. Banyak kelemahan aku kena cover ni. Pasni dia akan monitor dari jauh.. ohhmayy. Bos kalau boleh nak aku boleh buat keputusan sendiri bagi pihak dia. Wow, tugas berat kot, karang salah bagi mandat mampus aku kena balun.. argghh..
Nak kata kerja aku senang tak senang, nak kata susah takde lah susah sangat. Just kalau dah hadap 1 kes, memang rumit kena settle kan, hehehe. Aku kerja under operation management. Bos aku as manager, aku bawah dia, tapi aku kena jaga branch Senai. Tercampak jauh dari HQ, Maka tak kenal sangat dengan colleague. Kami just communicate through email or call. Kenal takat yang aku memang ada urusan dengan je.
Well, tugas aku handle hostel for foreign workers. Setakat ni aku jaga Indonesian and Nepalese. Depa ni ada kerja untuk Panasonic, MU technology, VS & HL Manufacturing. Dah pun hostel management, so kena arrange barang2 keperluan hostel depa. Bukan takat tu je, kalau depa ni tak masuk kerja, aku kena terjah bilik ke bilik cari depa ni. Teriak soh masuk kerja. Dah macam warden pulok. Hehe. Kalau ada medical a.k.a FOMEMA kena handle, bawak pi klinik, walaupun sakit kat kilang. Kalau ada pekerja yang unfitt (pregnant or penyakit yang membawa kemudaratan) kena arrange hantar depa balik nogori. Kalau ada yang run away,, maka kena buat report polis. Masuk keluar kilang hantar document or meeting. Lebih kurang la macam tu a tugas aku hari - hari.
Mental kena kuat kot buat kerja ni. Berjuta ragam aku hadap hari - hari jaga depa ni. Macam2 kerenah depa ni. Aku bukan lah nak anti dengan foreign worker ni, ye la kita lain cara, dia bawak la budaya or cara dia kat sini. So kena paham2 sendiri nak handle. Rasa macam nak ambil subject psychology je. Hahaha,, sometimes aku kena jadi counselor tuk depa ni. Communication barrier opkos wujud especially dengan Nepal la.. hahaha. Mana yang reti speaking ok la,, kadang- kadang aku tak paham gak depa duk speaking dengan taylo dia..kalau aku duk bebel2 duk hangguk kepala, bila tanya balik still lagi blur - blur.. ke depa tak paham ape yang aku cakap?? hahaha .Kalau yang tak reti tu, terpaksa guna body language tak pun aku tulis kat kertas. Senang. Pernah gak terpikir nak belajar bahasa nepal... hehehe
Bos selalu remind dengan depa ni tak boleh lembut sangat. Ada 3 stage kita nak bersuara dengan depa ni. Mula2 guna cara lembut, tak jalan, guna nada keras sikit, tak gerak jugak baru guna cara keras sikit, macam ugut nak gantung kerja ke.. hehehe.. tapi aku kalau dah sampai stage 3 tu aku pass kat Bos. Hehehe. Kalau dengan bos,, diaorang makan saman sikit.
Bawah aku ada 2 orang maintenance. Depa buat kerja2 maintenance x pun hantar budak pi klinik. Kadang2 aku pun pening gak nak handle diaorang ni. hehehe. Tu belum lagi part berurusan dengan driver bus. Aku dah la sorang perempuan kat site aku. Nak tak nak aku kena tunjukkan yang aku boleh buat kerja kat bos. Alhamdulillah, dapat bos yang boleh bawak berunding. kalau tak paham tanya je ape yang tak paham tu, even berulang kali. Mula- mula takut juga nak bertanya, sekarang siap boleh buat lawak dengan bos ar. Sporting abes. Bos memang pentingkan kebajikan pekerja dia. Dialah yang selalu duk remind kerja - kerja aku, call tanya buat kerja dah siap belom, report dah hantar ke belom, agagagaga... Paling best part bos belanja makan la.. hehehe... tu tak termasuk bos buat trip.... terbaik!!!