background

Nuffnang Ads

Wednesday, April 27, 2011

Story 6







event: Kursus Kepimpinan PPMS
venue: Kem Biro Tatanegara, Kaki Bukit, Perlis
date: 15-17 April 2011




Kali ni Cik Yuko masuk hutan!! hahaha.. Dah lama tinggalkan zaman kadet polis masa sekolah menengah dolu2 tu,, asal wat camp je masuk hutan.. seronok kan... Event kali ni pula anjuran HEPA UniMAP untuk mencari bakal PPMS untuk in-take sem depan. Kami just join je. main klik2 kat student portal,, tak sangka plak boleh lepas untuk fasa 1 ni. Teruja nak masuk hutan je.. Mahu cari ketenangan.. Cewah,, selama ni ko tak tenang ke?? Yolah,, duk terperuk kat hostel Simpang 4 nie je mmg x remaja langsung.. hahaha..










15 April 2011- Bermulanya sebuah perjalan.. Meninggalkan Simpang 4 tanpa memikirkan masa depan..Dengan harapan adanya sinar2 baru.. Hahahaha.... Sampai ja dekat kawasan Gua Kelam,, rupa2nya seramai 120 orang yang join kursus ni termasuklah student dari Kg Wai, Kg Wang Ulu, Taman Semarak dan Seberang Ramai. Kem BTN ni sebelah belakang Gua Kelam,, so korang kena masuk gua ni dahulu baru jumpa. Oleh disebabkan pintu gua x boleh bukak,,hehehe tipu ja,, ada gangguan elektrik so kitaorang kena mendaki bukit ni ok.. guna tangga.. oh!no.. memang dahsyat... 

Masa mula2 naik memang teruja,, sampai anak tangga ke-50 sudah give-up..yg ke100 apetah lagi.. ke 1000??? hahahaha... sampai x terkira la ada berapa anak tangga tu... yang penting masa tengah mendaki tu hujan turun dengan jayanya.. yeah... mandi hujan... mana ada tempat berteduh..  lantak p la basah lencun pun..  xkan nak buka payung kot... hehehe...memang kena habiskan mendaki sebab bayangkan 120org tu yg naik,, kena truskan juga.. bukan sahaja kena mendaki malah turun sekali dalam masa yang sama ok.. seriously,, korang kena kuat dari segi fizikal n mental ok.. x cukup semua tu korang akan ditinggalkan.. hahaha





Aktiviti malam hanyalah ceramah. Nampak tak telur yang Cik Yuko dok pengang tu.. Itu bukan telur tiruan ok.. itu telur betul2 punya,, mcm biasa,, itu adalah barang amanah.. Kena jaga jangan sampai pecah..kalau tak hang kena bawa batu bata.. hahaha.. hang sanggup??  Makan pun dalam benda alah tu hah.. Dah macam kat kem tentera nuh.. huhuhu.. Malam tu kami tidur kat asrama. Dah macam kem PLKN je.. hehehe.. yeke?? Tah la,, rasa2 kot,, Cik Yuko x dapat pun PLKN tu.. hehehe.. main teka ja..  









16 April 2011- yeah.. kaki dah mula sakit2. Jalan pun dah macam anak ketam... huhuhu... mau tercabut segala anak2 urat kaki.. mana la penah naik bukit setinggi tu... so,, kena tahan je la.. Hari ke-2 banyak aktiviti LDK.. yang penting Cik Yuko, Cik Shema and Cik Ainna x sama group.. hehehehe. Cik Yuko dapat group dengan Aisyah,Rina, Sya, Eira, Syarasa, Eizreen, Yong, Tinesh, Nafis, Zee, Hafy, Jack, Aan dan Vee. Sempoi depa smua nie.. dapat plak fasi Abg K.. Bukan Dato'K ok.. tapi tang misai dia ja mcm Dato' K semua orang gelarkan dia Abg K. Nama sebenar dia En Haneef..  





yahoo... petang tu masuk hutan sekali lagi. Kali ni betul2 tidur dalam hutan.. Masuk hutan ikut group. Group Cik Yuko yang terakhir masuk hutan.. huhuhu... Redah hutan hanya berpandukan sign board ja.. Macam biasa,, cik pacat tak pernah lari dalam kehidupan Cik Yuko.. Melentik2 kat atas tanah tu... Diamkan diri ja,, doa2 x melekat kat kaki.. huhuhu..

Pasang khemah bersama2 memang menyeronokkan.. hehehe.. Depa smua sporting abeh.. Dak2 laki la yang pasang khemah,, kami tolong2 sikit2 ja.. huhuhu.. malam aktiviti main kawin2.. hah amek kau,,, masa kecik2 tak puas main kan,,, kali nie main la sepuas2nya... huhuhu..Tema "Perkahwinan 1 Malaysia". Macam biasa,, member2 yang kaum lain yang akan menjadi pengantin dan kahwin ikut adat kaum lain. Group kami pilih tema perkahwinan kaum India. Mangsa kami adalah Yong dan Nafis..











17 April 2011- Pagi2 khemas khemah. Balik kem semula dengan lalu jalan biasa tanpa masuk hutan.. hanya 15 minit ja jalan kaki. Kalau masuk hutan semalam tu dekat 45 minit jgak.. huhuhu,,, sadis2!!aktiviti LDK dan sesi ambil sijil dan gambar. hati meronta2 mau pulang!!! Lepas lunch baru gerak balik. Sekali lagi kena mendaki.. hohoho... makin jadi anak ketam la Cik Yuko lepas tu... Tapi tak apa,, yang penting kami memang enjoy sepanjang berada kat sini.. best2..





~sekian~











Monday, April 25, 2011

Story 5







event: Resume Bergaya Temuduga Cemerlang
venue: Automart, Kuala Perlis
date: 10 April 2011





Entry kali ni pula pasal aktiviti bulan 4 pula.. huhuhu. busy2. kali ni pula Cik Yuko join seminar anjuran Bank Rakyat dan UniMAP.  Ye, kami mesti pilih!! Pihak Vector Connection Sdn Bhd sebagai presenter memang best. Tak bosan. Gaya penyampaian yang sempoi tapi penuh dengan perisian. 

Seminar ini mengajar kita macam mana membuat resume. Apakah element2 penting yang perlu ada dalam setiap resume,  macam mana resume yang boleh menarik perhatian company2 luar dan macam2 lagi. Berbaloi2 join seminar macam ni. tak rugi ok. tak perlulah nak berkira untuk mengeluarkan duit poket sendiri untuk join event2 macam ni. 

Tips2 semasa diinterview memang tip top depa bagi. So, sekarang dah tahu macam mana situasi kena interview, cara pemakaian, gaya bercakap, keperluan semasa interview dan macam2 lagi. Kan senang dah tahu macam mana nak hadap penemuduga kelak. Nanti jangan salah kan depa kalau kenapa hang dok kena reject dengan company yang hang apply tu sebab xmo amek hang keja dengan depa. Benda2 kecik macam ni la kita kena jaga dan ambil tahu. ok!!. hehehe.




me, Cik Shema, Cik Ainna and Cik Sheda

















~sekian~







Story 4

event: Lepas Rindu
venue: Langkawi Island
date: 26 & 27 March 2011





Habis je program kat Kg Sempering tu, tanpa pikir panjang Cik Yuko terus memboloskan diri ke dalam perut En. ferry. hohoho. actually, pagi2 tu dapat call dari my sis " yun, akak kat Langkawi dah ni.. tak mo datang ke?kan dah dekat je tu.." hah.. memang seriously, cik yuko ingat dia akan datang next week.. x sangka pagi tu juga dia dh sampai.. Terus tak tentu arah,, nak pi ke tak.. Akak yang dari JB datang tu.. tak kan xmo pi kan.. tanpa pikir panjang terus decide nak turun Langkawi petang tu juga.. hah. Berani ambil risk pi langkawi sorang2. Tawakal je la..

Sebagai adik yang baik hati,,, aloloh.. penuhkan harapan kakaknye untuk berjumpa adalah satu kewajipan... hohoho... memang adik yang manja.. huhuhu... lepas rindu weh... berapa bulan tak jumpa... last jumpa masa semester break CNY..  Bukan tak boleh balik anytime,, boleh je..tapi memikirkan Kangar ----> JB naik bas 12 jam wo... tiket pergi balik RM160.. Naik flight? jangan haraplah. akan kena bebelan yang panjang kerana memperabihkan duit. saya ni student yang biasa2,, hanya bergantung kepada duit pinjaman pt and duit parents time hujung2 sem sahaja.. saya ni bukanlah dilahirkan sebagai anak orang berada yang boleh pergi kemana2 dengan sekelip mata.. huhuhu...Dengan kelas pack sampai jumaat,, hanya harapkan sabtu and ahad je la,,, kalau balik rumah memang tak berbaloi.. sampai umah je,, esok dah kena balik Perlis.. hohoho... itu semua alasan semata2.. (_ _!)

Nasib baik dah pernah pergi sini masa sem 2 lepas. So, tidak rasa lost la bila dah kat sana. Tiba kat jeti Kuala Perlis dah pukul 5.30pm.. harap2 la ada tiket lagi.. Nasib x abeh lagi,,, maklumlah hari sabtu... ramai orang ok time tu nak pi langkawi.Kalau masa tu dengan kawan2 lepak kat pantai Cenang,, kali ni akak cakap dia kat Hotel Seaview. Akak tanya tahu tak tempatnya,, dengan confident jawap tahu2.. hehehe,, walhal x tahu..area mana... tak nak bagi akak risau.. huhu.. sampai2 je terus ambil map. sebab tak sempat nak search kat google.. Huh,,tak jauh pun dari jeti. dalam 5 minit je dah sampai kat hotel ni. tapi naik teksi la ye dengan tambang hanya RM6.

akak turun langkawi pun sebab temankan husband dia ada meeting.. Nak hilangkan boring tinggal sorang2 so ajaklah Cik Yuko temankan dia.. Cik Yuko ok je.. Bila dah jumpa,, memang kami xoxo la.. huhuhu. Gosip2..










kami hanya duduk2 kat lobby hotel,, kat bilik tengok tv sambil gosip2,,pastu turun makan, online, pergi shopping,, shopping lagi dan seterusnya shopping.... hahahaha. itulah aktiviti kami sepanjang 2 hari..plan nak ajak akak n hubby dia gi underwater world and cable car,, tapi tak sempat sebab hubby akak habis meeting lambat.. cik yuko pula kena pulang awal sebab last ferry pukul 7.00pm.. memang niat nak lepak sampai isnin pagi,, disebabkan ada kelas pukul 10.00am memang tak sempat. tapi kami memang enjoy... luv u sis,, muaahh..





~ sekian ~








Story 3







event: Program Kenduri Rakyat & Sukaneka
venue: Kampung Sempering, Kangar
date: 26 March 2011


yeah!! sekali lagi cik yuko menyibuk dalam event ni. macam biasa cik yuko akan menyibuk dalam aktiviti yang dianjurkan oleh SIFE. cik yuko ini bukan ahli SIFE pun,, tapi tahun depan akan cik yuko masuk kelab ni.. harap2 lepas la.. huhu. Actually cik yuko menggantikan cik shema yang tiba2 ada urgent case. memang tak boleh elak,, so me gantikanlah dia tu.. 

aktiviti kali ini macam kat Kampung Simpang 4 juga,, tapi kali nie lagi seronok sebab dapat merasa kehidupan sebenar dan belajar culture penduduk Perlis. Orang2 Kg Sempering memang sporting abeh. Tidak kira yang muda mahupun makcik2 dan pakcik2.






Join aktiviti dekatkan diri dengan masyarakat memang menyeronokkan. Bila lagi nak cari pengalaman. time2 macam ni la kita nak merasa kehidupan orang2 kampung. Tolong orang2 kampung masak gulai daging, basuh daging, potong sayur dan macam2 lagi. Lenguh tangan dok kacau kuah tu hah.. hehehe... Kat sini juga la 1st time Cik Yuko try makan pulut+ikan kering+kelapa.. Sedap2.. hehehe




Antara aktiviti yang dijalankan ialah bawa bola pingpong dalam sudu, tarik tali, gubahan dan hiasan wajik. Masa ni Cik Yuko hanya duduk kat tepi padang,, sebab masa 1st turun uruskan budak2 tadika main bawa bola pingpong tu dikejutkan dengan kewujudan cik "pacat"... hohoho... terus melarikan diri... melentik2 cik pacat tu naik kat kaki cik yuko... huhuhu,,, rasa nak pengsan ok.. 







~sekian~





Story 2




event: Kejohanan Sukan OlahragaTertutup antara Pusat Pengajian UniMAP
venue: Stadium Kangar
date: 19 & 20 March 2011




Jom bersukan!! kali ni cik yuko hanya ditugaskan untuk menghias khemah dan menjaga khemah. Ingat itu kerja senang ke? memerlukan kekretifan pemikiran memikirkan idea2 untuk menghias khemah kena bagi menang.. Ingat kat sekolah2 je ada pertandingan khemah tercantik? kat universiti saya pun ada. saya rasa uni korang pun ada kan... berganding bahu bersama rakan2 dan lecture memang menyeronokkan ok.. 

kami mewakili Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT). warna rumah kami adalah PINK.. hohoho... jambu siot.. Tema sukan kali nie adalah permainan gelanggang. so lecturer pilih tema "badminton". disebabkan school kami ini baru ditubuhkan,, tenaga student 2nd year n 1st year je la yang diperlukan.  kami bagi tugas yang 2nd year hias and jaga khemah,, and 1st year masuk perbarisan..







Hari first dah kena pakai baju pink. semangat punya pasal,, gigih mencari baju pink..paling seronok lecturer turun padang sama2 memeriahkan khemah. credit tu mdm Azlita yang main keyboard and mdm Julinawati as a singer. tidak lupa juga miss Syu yang sediakan makanan untuk kami dan mr Raziff yang belanja kami KFC.. hohoho...lecturer kami memang sporting abeh. 


Sabtu malam tengok dak2 1st year practice perbarisan.. hohoho.. Mdm Juli train diaorang macam masuk kawat kaki peringkat kebangsaan. Kami hanya mampu gelakkan ja.. opppss!! hehehe





malam kemuncak acara. memang seronok. 1st time join ni. tahun lepas tak dapat join sebab ada halangan. warna warni atas padang tu.. macam2 aksi ada masa perbarisan tu. Perbarisan kami buat aksi ala2 tarian high school musical.. ada school lain buat aksi kungfu, main wau, scuba, paintball and soccer. 





yeah!! inilah barisan supporter PPIPT kami.. malam tu kami menang 2nd place untuk khemah tercantik dan perbarisan.. happy sangat2. berbaloi semua usaha kami.. walaupun school kami tak kumpul banyak emas, ini adalah usaha terbaik korang.. Janji ada kumpul emas juga dari tak ada langsung...tahun depan cuba lagi ya.















Story 1





event: sukaneka
venue: Kampung Simpang 4
date: 13 march 2011

Kali ini cik yuko join aktiviti yang dianjurkan oleh "SIFE" UniMAP,iaitu sukaneka bersama rakyat. Actually Cik Ainna and Cik Shema yang offer,dari tidak buat apa2 weekend so join. kampung ni betul2 belakang hostel kami. tapi jauh jugak la kalau pergi dengan kaki dalam 20 minit. hehehe. Best join aktiviti ni,, teringat zaman masa kecik2 dan dapat jumpa adik2 kampung tu. macam2 permainan ada. ting-ting, dam aji, batu 7, wau, dan guli.





cuba korang cari saya.. 

permainan 1: ting-ting

 yeah!! lompat tinggi2







permainan 2: cari gula2 dalam tepung. tapi orang perlis tak panggil gula2. depa panggil cokelat.






permainan 3: dam aji. agak2 korang la kan,, sapa yang menang?? Pakcik tu ke adik tu??

permainan 4: tutup botol. permainan ini perlu tahap fokus yang tinggi. time game ni diaorang boleh gaduh pasal nak kumpul mata sapa yang paling tinggi. sampai ada yang lari balik rumah sebab tak puas hati  kawan depa ada yang main tipu.. well, korang pon pernah merasa jugak kan.. kalau main time kecik2 dulu.. agak2 nak kalah je lari balik rumah,, nangis dalam bilik,, bila mak tanya kenapa nangis mula la ngadu kawan main tipu la apa la.. hahaha... kenangan je semua tu kan.. 


permainan 5: tiup belon. makcik2 je yang boleh join permainan ni. tapi ada cik ainna di situ... makcik ke?? huhuhu



Hah! amek kau.. 1st prize dapat tv plasma.. hahaha.. kami gigih masuk teka biji betik ni dan aim nak dapat kipas angin. kenapa kipas?? sebabkan hostel kami hanya dibenarkan bawa kipas angin dan pemanas air sahaja. tapi kalau dapat tv pon ok.. boleh layan cerita "asmara 2".. huhuhu.

time ni dok pikir,, berapa la biji betik yang ada.. korang nampak memang la ada 2 kan... tapi kita kena teka berapa biji betik yang ada dalam buah betik tu.. ala yang biji kale hitam2 tu.. korang boleh teka?? 200?? 500?? 1000?? pikir la sendiri..



Perasan sesuatu tak?? saya lagi "rendah" dari adik comel tu.. walhal mereka baru darjah 6..sungguh sedih... disebabkan ke'rendahan' itu saya senang2 dibuli oleh adik2 itu.. sungguh sedih.. wawawa.. Bila la saya boleh tinggi lagi??


permainan 6: wau. peserta adalah pakcik2 je.. huhuhu.


permainan 7: semakin jauh semakin sayang. ala,, yang dok baling belon diisi air. habis lencun diaorang ni.



yeah!! ini adalah orang2 kuat aktiviti kali ini iaitu ahli "SIFE" dan KKI. cuma cik yuko je yang menyibuk.. huhuhu