background

Nuffnang Ads

Monday, April 25, 2011

Story 4

event: Lepas Rindu
venue: Langkawi Island
date: 26 & 27 March 2011





Habis je program kat Kg Sempering tu, tanpa pikir panjang Cik Yuko terus memboloskan diri ke dalam perut En. ferry. hohoho. actually, pagi2 tu dapat call dari my sis " yun, akak kat Langkawi dah ni.. tak mo datang ke?kan dah dekat je tu.." hah.. memang seriously, cik yuko ingat dia akan datang next week.. x sangka pagi tu juga dia dh sampai.. Terus tak tentu arah,, nak pi ke tak.. Akak yang dari JB datang tu.. tak kan xmo pi kan.. tanpa pikir panjang terus decide nak turun Langkawi petang tu juga.. hah. Berani ambil risk pi langkawi sorang2. Tawakal je la..

Sebagai adik yang baik hati,,, aloloh.. penuhkan harapan kakaknye untuk berjumpa adalah satu kewajipan... hohoho... memang adik yang manja.. huhuhu... lepas rindu weh... berapa bulan tak jumpa... last jumpa masa semester break CNY..  Bukan tak boleh balik anytime,, boleh je..tapi memikirkan Kangar ----> JB naik bas 12 jam wo... tiket pergi balik RM160.. Naik flight? jangan haraplah. akan kena bebelan yang panjang kerana memperabihkan duit. saya ni student yang biasa2,, hanya bergantung kepada duit pinjaman pt and duit parents time hujung2 sem sahaja.. saya ni bukanlah dilahirkan sebagai anak orang berada yang boleh pergi kemana2 dengan sekelip mata.. huhuhu...Dengan kelas pack sampai jumaat,, hanya harapkan sabtu and ahad je la,,, kalau balik rumah memang tak berbaloi.. sampai umah je,, esok dah kena balik Perlis.. hohoho... itu semua alasan semata2.. (_ _!)

Nasib baik dah pernah pergi sini masa sem 2 lepas. So, tidak rasa lost la bila dah kat sana. Tiba kat jeti Kuala Perlis dah pukul 5.30pm.. harap2 la ada tiket lagi.. Nasib x abeh lagi,,, maklumlah hari sabtu... ramai orang ok time tu nak pi langkawi.Kalau masa tu dengan kawan2 lepak kat pantai Cenang,, kali ni akak cakap dia kat Hotel Seaview. Akak tanya tahu tak tempatnya,, dengan confident jawap tahu2.. hehehe,, walhal x tahu..area mana... tak nak bagi akak risau.. huhu.. sampai2 je terus ambil map. sebab tak sempat nak search kat google.. Huh,,tak jauh pun dari jeti. dalam 5 minit je dah sampai kat hotel ni. tapi naik teksi la ye dengan tambang hanya RM6.

akak turun langkawi pun sebab temankan husband dia ada meeting.. Nak hilangkan boring tinggal sorang2 so ajaklah Cik Yuko temankan dia.. Cik Yuko ok je.. Bila dah jumpa,, memang kami xoxo la.. huhuhu. Gosip2..










kami hanya duduk2 kat lobby hotel,, kat bilik tengok tv sambil gosip2,,pastu turun makan, online, pergi shopping,, shopping lagi dan seterusnya shopping.... hahahaha. itulah aktiviti kami sepanjang 2 hari..plan nak ajak akak n hubby dia gi underwater world and cable car,, tapi tak sempat sebab hubby akak habis meeting lambat.. cik yuko pula kena pulang awal sebab last ferry pukul 7.00pm.. memang niat nak lepak sampai isnin pagi,, disebabkan ada kelas pukul 10.00am memang tak sempat. tapi kami memang enjoy... luv u sis,, muaahh..





~ sekian ~








No comments:

Post a Comment